Hari neh aku dah hilang seseorang yang paling penting dalam hidup aku. Seseorang yang terlalu aku cinta. Aku tak pernah jangka benda neh akan berlaku dalam hidup aku. Apa yang aku benar2 takut dah jadi pada aku hari neh. For the second time aku dah hilang dia dari hidup aku. Ya Allah, sesungguhnya hanya Engkau yang maha mengetahui apa yang terjadi. Semua yang jadi adalah di luar kawalan aku sebagai manusia. Aku tak mampu nak buat apa2 pun untuk pulihkan keadaan. Awak, saya tak tau apa lagi yang boleh saya buat. Saya dah tak de daya. Saya tak nak hilang awak. Tak pernah terdetik di hati saya untuk hilang awak secepat neh. Apa lagi dengan cara yang macam neh. Saya tak nak. Ya Allah, bantulah hamba. Hamba dah tak mampu nak tanggung lagi. Awak, jangan tinggalkan saya. Saya perlukan awak. Awak terlalu penting. Bukan kehendak saya semua neh berlaku wak. Percayalah. Apa daya saya sebagai seorang anak untuk ingkar pada kehendak orang tua saya. Saya tak mampu nak ubah apa2 pun yang diorang dah decide. Saya dah tak boleh nak merayu untuk buat diorang terima awak balik. Maafkan saya. Awak, saya sedih sangat sekarang. Sejak dari lepas bercakap dengan awak tadi saya tak boleh nak berhenti menangis. Saya tak boleh awak. Maafkan saya. Semua neh terjadi sebab dari kebodohan saya. Semua salah saya. Saya dah lukakan hati awak. saya dah buat awak menangis. Saya dah janji tak kan pernah tinggalkan awak. Saya memang tak de niat wak. Tapi saya terpaksa. Dengan berat hati saya terpaksa lepaskan awak. Awak, saya harap sangat awak ada kat sini sekarang. Saya nak sangat jumpa awak sekarang. Saya nak peluk awak untuk kali terakhir. Nak tatap wajah awak yang saya rindu sangat. Nak tengok senyuman awak. Saya terlalu cintakan awak. Tapi saya jugak tak mampu nak kecewakan keluarga saya. Ingat tak awak pernah pesan pada saya jangan jadi anak derhaka, utamakan keluarga saya dulu. Saya tak kan pernah mampu untuk lupakan awak. Memang lepas neh saya tak akan buka lagi pintu hati saya untuk orang lain. Dah tak de apa lagi yang tinggal pada saya. Semua saya dah bagi awak. Semua dah jadi milik awak. Cinta dan rindu saya hanya milik awak sorang je. Dan sampai bila2 pun akan tetap jadi milik awak. Saya bersyukur sangat sebab dapat kenal dengan awak. Awak perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup saya. Saya tak mungkin akan rasa semua neh lagi seumur hidup saya. "we were letting go of something special, something that we'll never have again" Awak, saya percaya pada jodoh dan takdir. Kalau memang jodoh kita ada, Insyaallah satu hari nanti kita pasti bersama balik. Maafkan saya wak. Saya terlalu cintakan awak. Tapi cinta saya dah pun lukakan hati awak. Kita redha je wak. Kita berserah je semua neh pada DIA. Sesungguhnya DIA lebih tau apa yang terbaik untuk kita. Saya akan tetap ada kat sini. Saya akan tetap tunggu awak. Awak boleh datang bila2 pun yang awak nak. Walaupun saya terpaksa tinggalkan awak, tapi hati dan cinta saya tak kan pernah tinggalkan awak. Percayalah wak. Awak tetap "tiramissme" saya sampai bila2. Awak tetap "Bintang Pecah" saya sampai bila2. Saya akan sentiasa doakan "kita". Tuh je yang kita ada sekarang. Awak mesti janji dengan saya. Awak jaga diri baik2 k. Lepas neh saya dah tak de nak jaga awak. Even sebenarnya di hati saya tak pernah reda sikit pun rasa bimbang pada awak. Awak jaga mak dan ayah awak baik2. Saya kesal sangat sebab tak diberi kesempatan untuk jumpa dengan diorang walaupun dalam hati tuhan je yang tau betapa saya nak sangat. Jaga Damia baik2. Jangan pernah buat dia rasa kurang dengan kasih sayang. Awak, seumur hidup saya, saya tak pernah rasa sakit sangat macam yang saya rasa hari neh. Rasa macam nak mati je. Saya tak boleh awak. Saya dah tak de alasan lagi untuk rasa gembira macam dulu. Separuh diri saya dah hilang bila saya terpaksa tinggalkan awak. Maafkan saya lagi sekali. Mintak maaf sangat2. Saya cintakan awak seikhlas hati saya. Saya cintakan awak. Terlalu cinta. Tuhan je yang tau sedalam mana cinta saya pada awak. Saya dah dengar lagu tuh wak. Lagu yang awak nyanyi untuk saya tadi. Dan saya tak boleh berhenti menangis wak. Terima kasih sebab sudi hadir dalam hidup saya. Terima kasih sebab sudi temankan saya selama dua tahun neh. Terima kasih kerana terima cinta saya. Dan terima kasih kerana sudi balas balik cinta saya. Awak tetap seven wonders saya sampai bila2. Tak de sape pun boleh ubah hakikat tuh. Thanks and sorry for everything and anything. I love you. I always have and I always will.

Tak Bisa Memiliki ~ Dygta
Bila waktu ku tersisa
Untuk selalu disisi
Menjaga hatimu
Aku kan slalu mencoba
Berikan yang terbaik untuk kau miliki
Tapi maafkan aku
Waktuku hanya sesaat
Aku tak bisa memiliki menjaga cintamu
Walau sesungguhnya hatiku mencintaimu, memilikimu
Aku tak ingin kau terluka mencintai aku
Hapuslah air matamu dan lupakan aku
Sungguh di batas asa
Ku hanya ingin kau bahagia
Jalani hidupmu
Tuhan, sesungguhnya hamba redha atas ketentuan-Mu. Cekalkanlah hati hamba untuk menerima semua ini. Hamba hanya mampu berserah pada-Mu. "Bintang Pecah", blog neh saya memang dedicate untuk awak. Sebab dalam blog neh tak pernah ada satu entry pun yang tak menceritakan awak. Saya harap awak faham.
+bintang jatuh-mika+

0 terima kasih bijaksana:
Post a Comment